Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA kasih jari anak yatim BERJAYA MENCAPAI 155 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH MUSLIM

71  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0132.
Dari 'Urwah bin Zubair, katanya 'Aisyah r.a., isteri Rasulullah saw. bercerita kepadanya: "Wahyu yang mula-mula turun kepada Nabi saw. ialah berupa mimpi nyata waktu tidur, yang terlihat jelas oleh beliau bagaikan cahaya Subuh. Semenjak itu timbul keinginan di hati beliau hendak bersunyi diri. Kerana itu beliau pergi mengasingkan diri ke Gua Hira'. Di sana beliau beribadat beberapa malam sampai perbekalannya habis. Apabila perbekalannya telah habis, beliau pulang ke rumah Khadijah untuk mengambilnya lagi dan setelah itu beliau kembali pula ke sana. Keadaan itu berlangsung beberapa lama, sehingga pada suatu ketika beliau dikejutkan oleh kedatangan malaikat Jibril ke Gua Hira' itu. Malaikat berkata kepadanya, "Bacalah!" Jawab Nabi saw., "Aku tidak pandai membaca." Kata Nabi, "Malaikat itu serta merta merangkul ku, sehingga aku kepayahan kerananya. Kemudian aku dilepaskannya, lalu katanya: "Bacalah!" Jawab ku, "Aku tidak pandai membaca." Kerana itu aku dirangkulnya untuk kedua dan ketiga kali, sehingga aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya, lalu katanya: "Bacalah nama Tuhan mu yang mencipta. Yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan, Tuhan mu itu Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) menulis. Yang mengajar manusia apa yang belum diketahuinya." (AI 'Alaq: 1-5). Setelah itu Rasulullah saw. kembali pulang, membawa ayat-ayat dan pengalaman yang baru dialaminya itu dengan tubuh menggigil gemetaran. Sampai di rumah Khadijah, beliau berkata, "Selimuti aku! Selimuti aku!" Khadijah segera menyelimutinya. sehingga hilang rasa keterkejutannya. Kemudian ia berkata kepada Khadijah, "Wahai, Khadijah! " Bagaimana aku ini?" Lalu diceritakannya kepada Khadijah segala peristiwa yang baru saja dialaminya. Setelah itu beliau berkata: Aku cemas terhadap diri ku ini." Jawab Khadijah, "Jangan! Jangan cemas! Gembirakanlah hati Anda! Percayalah, Allah tidak akan menimpakan kehinaan pada diri Anda selama-lamanya. Bukankah Anda selalu bersikap ramah tamah, menghubungkan silaturrahim, selalu berbicara benar, selalu menunaikan tugas kewajipan, menyediakan yang belum ada, memuliakan tetamu, dan membela orang-orang yang kesusahan demi menegakkan kebenaran!" Kemudian Khadijah membawa beliau mendatangi Waraqah bin Naufal bin Asad bin 'Abdul 'Uzza, iaitu anak pakcik Khadijah, yang telah memeluk agama Nasrani sejak masa Jahiliyah. Dia pandai menyalin buku-buku ke bahasa Arab. Antara lain dia menyalin Kitab Injil ke bahasa Arab seberapa yang dapat ditulisnya. Dia pun sudah tua dan matanya telah buta. Khadijah berkata kepadanya, "Wahai anak pakcik ku! Dengarkanlah anak saudara mu ini (Muhammad) bercerita!" Jawab Waraqah bin Naufal, "Hai, anak saudara ku! Apakah gerangan yang telah engkau alami? Ceritakanlah!" Rasulullah saw. lalu menceritakan pengalaman yang baru dialaminya. Kata Waraqah, "Itu adalah malaikat (namus) Jibril a.s. yang pernah datang kepada Nabi Musa a.s., Wahai, diri ku! Kalaulah aku masih muda, Wahai, kiranya diri ku! Kalaulah aku masih hidup ketika engkau diusir oleh wargamu " Tanya Rasulullah saw., "Apakah mereka akan mengusir ku?" Jawab Waraqah, "Ya, benar! Tidak seorang pun yang datang membawa apa (ayat-ayat) yang engkau bawa itu yang tidak dimusuhi. Sekiranya aku masih mendapati hari itu, pasti aku akan membelamu sekuat-kuatnya."

72  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1428.
Dari 'Abdullah bin 'Abbas r.a., katanya: "Telah setahun lamanya aku hendak bertanya kepada 'Umar bin Khaththab tentang makna sebuah ayat, tetapi aku tak berani menanyakan kerana hormat ku kepadanya. Setelah musim haji tiba, beliau pergi haji dan aku pun pergi pula bersama-sama dengannya. Ketika kami dalam perjalanan pulang, beliau pernah menyimpang jalan untuk buang hajat dan aku menunggunya hingga beliau selesai. Kemudian aku berjalan pula kembali bersamanya. Ketika itulah aku bertanya kepada beliau, "Ya, Amirul Mukminan! Siapakah dua orang wanita di antara para isteri Rasulullah saw. yang bekerja sama menentang kebijaksanaan beliau?" Jawab beliau, "Mereka adalah Hafshah dan 'Aisyah." Lalu kata ku, "Demi Allah! Aku bermaksud menanyakan masalah ini kepada anda sejak setahun yang lalu. Tetapi aku tidak berani kerana menghormati kehebatan anda." Jawab Umar, "Jangan begitu! Apa yang engkau duga bahawa aku mengetahuinya, tanyalah langsung kepada ku; jika ternyata aku memang mengetahuinya, akan ku jelaskan padamu." Kata 'Umar selanjutnya, "Di masa jahiliyah, kami tidak pernah mengikut sertakan wanita dalam suatu urusan, sehingga tiba waktunya Allah menentukan kedudukan dan peranan mereka, seperti tersebut dalam firmanNya. Maka pada suatu waktu, ketika aku sedang memikirkan suatu urusan, tiba-tiba isteri ku berkata, "Bagaimana kalau anda buat begini dan begitu?" Lalu kata ku kepadanya, "Mana engkau tahu. Engkau tidak usah turut campur dan jangan susah-susah memikirkan urusan ku." Jawabnya, "Anda ini sangat aneh, hai anak Khaththab! Anda tidak mahu bertukar fikiran dengan ku, padahal puterimu (Hafshah) selalu bertukar fikiran dengan Rasulullah saw., sehingga pernah sehari semalam dia bermarahan." Mendengarkan hal itu, lalu ku kenakan pakaian ku, sesudah itu aku pergi ke rumah Hafshah. Sesampai di rumah Hafshah aku berkata kepadanya, "Hai, puteri ku! Betulkah engkau suka membantah Rasulullah saw. sehingga sehari semalam bermarahan?" Jawab Hafshah, "Demi Allah! Kami hanya bertukar fikiran." Lalu kata ku, "Ketahuilah hai anakku! Aku peringatkan kepada mu seksa Allah dan kemarahan Rasul-Nya. Sekali-kali janganlah engkau terpengaruh dengan kebanggaan seseorang kerana kecantikannya dan kerana cinta Rasulullah kepadanya." Kemudian aku pergi dan singgah di rumah Ummu Salamah, kerana Ummu Salamah itu kerabat ku. Kepadanya ku ceritakan kes tersebut di atas. Jawab Ummu Salamah, Anda amat anak hai anak Khaththab! Anda masuki segala urusan, sampai-sampai kepada urusan rumah tangga Rasulullah saw. dengan para isteri beliau." Ucapan Ummu Salamah itu menyinggung perasaan ku, sehingga sangat berkesan di hati ku. Kerana itu aku pergi meninggalkannya. Dan aku mempunyai seorang sahabat dari kalangan Ansar, yang selalu saling memberi informasi satu sama lain antara kami berdua. Saat itu kami sedang berjaga-jaga terhadap seorang raja di antara raja-raja Ghassan, yang bermaksud hendak menyerang kami. Hati dan fikiran kami ketika itu sesungguhnya banyak terpusat kepada masalah serangan Bani Ghassan ini. Tiba-tiba sahabat Ansar ku datang mengetuk pintu seraya katanya, "Buka pintu, buka!" Aku bertanya, "Apakah pasukan Bani Ghassan telah datang?" Jawabnya, "Lebih hebat dari serangan pasukan Ghassan. Rasulullah saw. menjauhkan diri dari para isteri beliau." "Celaka si Hafshah dan 'Aisyah," bisik ku. Kemudian ku kenakan baju ku, lalu aku pergi menemui Rasulullah saw. Kiranya beliau berada di gudang simpanan barang-barang yang dapat dinaiki dengan tangga. Seorang pelayan Nabi saw. berkulit hitam sedang berada di kepala tangga. Aku berkata kepadanya, "Aku ini 'Umar!" Lalu aku diizinkannya masuk, dan ku ceritakan kepada Rasulullah saw. kes yang baru ku dengar dan ku alami. Ketika aku menceritakan pertemuan ku dengan Ummu Salamah. Rasulullah saw. tersenyum. Beliau tidur di tikar tanpa alas, pakai bantal kulit berisi sabut. Dekat kaki beliau terletak selonggok biji qarazh dan di dekat kepalanya tergantung kulit yang baru disamak. Aku melihat bekas tikar berkesan di rusuk beliau. Kerana itu aku menangis sambil berkata, "Ya, Rasulullah Kisra Persia dan Kaisar Rumawi bermewah-mewah di istana mereka dengan apa yang dimilikinya. Anda adalah Rasulullah." Sabda Rasulullah saw., "Apakah engkau tidak rela keduanya memiliki dunia, sedangkan engkau memiliki akhirat?"

73  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2007.
Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya: "(Isteri) seseorang melahirkan seorang anak laki-Iaki, lalu di- berinya nama 'Muhammad" Maka berkata keluarga orang itu, "Kami tidak membolehkan anda menamai anakmu dengan nama Rasulullah saw." Maka digendongnya anaknya menemui Nabi saw., seraya katanya, "Ya Rasulullah! Anakku lahir seorang laki-laki, lalu kuberi nama 'Muhammad'. Keluargaku mengatakan tidak boleh memberi nama dengan nama Rasulullah saw. Bagaimana itu?" Sabda Rasulullah saw.. "Namailah dengan namaku. tapi jangan menggelari dengan gelarku. Aku bergelar 'Qasim' (tukang bagi) kerana aku membahagi-bahagikan rahmat Allah di antara kamu sekalian."

74  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2393.
Dari Khabbab r.a. katanya : "Aku mempunyai piutang pada Ash bin Wail. Kerana itu aku mendatanginya untuk menagih." Jawab 'Ash kepada ku, "Aku tidak akan membayar sebelum engkau kafir dengan Muhammad." Jawab ku, "Aku sekali-kali tidak akan kafir kepadanya sampai mati, kemudian sampai berbangkit." Kata 'Ash bin Wail, "Aku juga akan dibangkit kembali sesudah mati, kerana itu akan ku bayar kelak kepada mu bila aku telah menemukan harta dan anak-anakku." Sesudah itu turunlah ayat ini : "Sudah tahukah kamu bahawa orang-orang yang kafir dengan ayat-ayat Kami berkata, pasti aku akan diberi harta dan anak " (Mariam, 19 : 77).

75  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0136.
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Jibril a.s. mendatangi Rasulullah saw. ketika beliau sedang bermain-main dengan beberapa orang anak (di zaman kanak-kanak). Tiba-tiba Jibril memegang dan membaringkan beliau, lalu membelah dan mengeluarkan jantung beliau, kemudian dibuangnya segumpal darah dari jantung itu seraya berkata: Ini menguntungkan syaitan dari diri mu. Kemudian dibersihkannya dalam sebuah bejana emas dengan air zamzam. Sesudah itu diletakkannya ditempatnya dan dijahitkannya kembali. Anak-anak yang menyaksikan peristiwa itu segera lari kepada ibu susu beliau, mengabarkan bahawa Muhammad dibunuh orang. Mereka segera mencarinya, dan didapatinya Muhammad masih dalam keadaan pucat." Kata Anas, "Aku melihat bekas jahitan itu di dada Nabi saw."

76  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2475.
Dari 'Abdullah r.a. katanya: "Pada suatu ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw. lalu kami bertemu dengan beberapa orang anak, di antara mereka terdapat Ibnu Shayyad. Anak-anak lari semuanya kecuali Ibnu Shayyad, dia duduk saja. Agaknya Rasulullah saw. tidak menyukai hal itu. Maka berkata Nabi saw. kepadanya, "Semoga engkau beruntung. Adakah engkau mengakui bahawa aku Rasulullah?" Jawab Ibnu Shayyad, "Tidak! Bahkan Andalah yang harus mengakui bahawa aku Rasulullah." Maka berkata 'Umar bin Khaththab, "Biarkan aku, ya Rasulullah! Ku bunuh dia!" Sabda Rasulullah saw., "Jika benar apa yang dikatakannya, engkau tidak akan sanggup membunuhnya (kerana mungkin dia Dajjal)."

77  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0149.
Dari 'Atha' bin Yazid Al Laytsi r.a., katanya Abu Hurairah r.a., mengabarkan kepadanya, bahawa orang ramai bertanya kepada Rasulullah saw., "Dapatkah kami melihat Tuhan kami nanti di hari kiamat?" Jawab Rasullullah saw., "Apakah kamu mendapat kesulitan melihat bulan purnama di malam empat belas?" Jawab mereka "Tidak, ya Rasulullah!" Tanya, "Apakah kamu merasa sulit melihat matahari di langit tak berawan?" Jawab mereka, "Tidak, ya Rasulullah!" Sabda Rasulullah saw., "Sesungguhnya anda semua akan melihatNya nanti seperti itu. Di hari kiamat kelak, Allah akan mengumpulkan seluruh umat manusia, lalu Dia berfirman: "Siapa yang menyembah selain Aku, hendaklah dia mengikutinya!' Maka siapa yang menyembah matahari, diikutinya matahari, siapa yang menyembah bulan diikutinya bulan, dan siapa yang menyembah berbagai berhala, diikutinya pula berhala-berhala itu. Maka tinggallah umat ini (orang-orang mukmin), yang di dalamnya termasuk pula orang-orang munafik. Allah Tabaraka wa Ta'ala mendatangi mereka dalam bentuk lain yang tidak mereka kenal. Lalu Allah berfirman, "Akulah Tuhanmu! (Ikutilah aku!)" Jawab mereka, "Kami berlindung dengan Allah dari tipu-dayamu. Kami akan tetap di tempat kami ini sampai Tuhan kami datang menjemput kami. Apabila Tuhan kami telah datang, kami akan mengenal-Nya." Maka datanglah Allah Ta'ala dalam bentuk yang mereka kenal, seraya berfirman, "Akulah Tuhanmu!" Jawab mereka, "Ya, Engkaulah Tuhan kami!" Kata Nabi saw. melanjutkan, "Lalu dibentangkan titian pada kedua sisi neraka jahanam. Aku dan umatkulah yang pertama-tama melalui titian itu. Pada hari itu tidak ada yang diperkenankan berbicara kecuali para Rasul. Doa mereka itu, "Wahai, Allah! Selamatkanlah! Selamatkanlah!" Di dalam neraka jahanam ada semacam kaitan seperti pancing, runcing bagaikan duri sa'dan. Pernahkah Anda semua melihat duri Sa'dan? Jawab mereka, "Pernah, ya Rasulullah!" Sabda Nabi saw., "Nah! Seperti duri Sa'dan itu tetapi tidak terkira-kirakan besarnya, selain hanya Allah yang dapat mengetahuinya. Kaitan itu akan mengait setiap umat manusia yang lalu di titian itu kerana amal perbuatan mereka. Orang-orang yang beriman akan terlepas dari bahaya itu sesuai dengan amal mereka, dan ada pula yang dihukum beberapa lama, sampai ia bebas dari hukuman itu. Setelah Allah selesai mengadili perkara para hamba-Nya, Ia ingin mengeluarkan dengan rahmat-Nya penduduk neraka yang dikehendaki-Nya, lalu Dia memerintahkan para malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang tidak mempersekutukan-Nya dengan yang lain-lain. Yaitu orang yang mengakui tidak ada Tuhan selain Allah. Para malaikat mengenal mereka yang di neraka itu dengan tanda-tanda bekas sujud. Sesungguhnya api memakan tubuh anak Adam di neraka, selain bekas sujud. Kerana Allah mengharamkan bagi api memakan tanda bekas sujud itu. Lalu mereka dikeluarkan dari neraka dalam keadaan hangus. Kemudian mereka disiram dengan air kehidupan, dan mereka dapat hidup bagaikan semaian tanaman yang tumbuh di atas lumpur yang dibawa banjir. Setelah semuanya selesai dikeluarkan, ternyata masih ada ketinggalan seorang lelaki yang menghadapkan mukanya ke neraka. Itulah penduduk syurga yang terakhir sekali masuk syurga. Orang itu berkata, "Wahai Tuhan! Palingkanlah muka ku dari neraka ini, kerana anginnya terasa bagaikan racun dan nyalanya serasa membakar diriku." Dia sentiasa mendoa kepada Allah. Kemudian Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman: "Jika Aku kabulkan permintaanmu itu, apakah kamu akan meminta pula yang lain-lain?" "Tidak! Aku tidak akan meminta lagi yang lain-lain," katanya berjanji. Lalu dengan kehendak Allah, mukanya terpaling dari neraka. Setelah dia menghadap dan melihat ke syurga, dia terdiam beberapa lamanya, lalu berkata, "Wahai Tuhanku!Bawalah aku ke pintu syurga. Maka berfirman Allah kepadanya, "Bukankah engkau telah berjanji tidak akan meminta lagi padaKu selain apa yang telah Ku beri? Celaka engkau, hai anak Adam. Engkau betul-betul penipu." Tetapi orang itu terus mendoa dan mendoa, sehingga akhirnya Allah berfirman kepadanya, "Berjanjilah, jika permintaanmu itu Aku kabulkan, kamu tidak akan meminta lagi yang lain-lain." "Tidak! Demi kebesaranMu," kata orang itu berjanji. Lalu dia dibawa ke pintu syurga. Setelah ia sampai di sana, pintu itu terbuka lebar baginya, sehingga ia dapat melihat dengan jelas segala isinya berupa kenikmatan dan kebahagiaan. Kerana itu dia terdiam pula seketika, kemudian dia mendoa pula, "Wahai, Tuhan ku! Masukkanlah aku ke syurga!" Firman Allah Tabaraka wa Ta'ala, "Bukankah engkau sudah berjanji tidak akan meminta lagi selain apa yang telah Kuberikan? Celaka engkau hai anak Adam! Alangkah penipunya kamu!" Jawab orang itu, "Wahai, Tuhan ku! Janganlah aku dijadikan makhlukMu yang celaka!" Dia sentiasa mendoa dan mendoa seperti itu, sehingga Allah tertawa kerana gembiraNya. Maka berfirman Allah, "Masuklah kamu ke syurga.". Setelah dia berada di syurga, Allah berfirman pula kepadanya, "Mintalah apa yang kau inginkan!" Lalu dia memohon segala yang diinginkannya, sehingga Allah mengingatkannya (membatasi) ini dan itu. Setelah permintaannya terkabul semuanya, Allah Ta'ala berfirman pula kepadanya, "Semua permintaanmu telah Kukabulkan, bahkan akan Kutambah sebanyak itu lagi (menurut hadis Abu Sa'id r.a. bahkan Allah menambah sepuluh kali lipat permintaannya)."

78  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1990.
Dari Aisyah r.a. katanya: "Jibril berjanji akan datang berkunjung kepada Rasulullah saw. pada suatu waktu yang ditentukan. Ketika waktu itu telah tiba, ternyata Jibril belum datang. Di tangan beliau ada sebuah tongkat. Maka diletakkannya tongkat itu sambil berkata, "Allah dan Rasulnya tidak menyalahi janji." Beliau menoleh, maka terlihat olehnya seekor anak anjing kecil di bawah tempat tidur. Tanya beliau, "Hai. 'Aisyah! Sejak bila anak anjing itu masuk ke sana?" Jawab Aisyah. "Wallah! Aku tidak tahu!" Rasulullah menyuruh keluarkan anak anjing itu lalu dikeluarkan. Maka datanglah Jibril. Rasulullah saw. bertanya, "Anda berjanji akan datang pada waktu yang telah ditentukan. Aku telah menunggu-nunggu tetapi Anda tak kunjung tiba." Jawab Jibril, "Aku terhalang oleh anjing dalam rumah Anda. Kami (bangsa Malaikat) tidak mahu masuk ke dalam rumah yang di situ ada anjing dan gambar-gambar (haiwan)."

79  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2497.
Dari 'Amir bin Sa'ad r.a. katanya: "Sa'ad bin Abi Waqqash berada di penternakannya, lalu dia didatangi oleh anaknya 'Umar. Tatkala Sa'ad melihat anaknya datang dia berkata, "Aku berlindung dengan Allah dari kejahatan pengendera ini." Lalu dia turun dari untanya. Kata 'Umar, "Mengapa ayah tinggal di penternakan ini dengan unta-unta dan kambing-kambing, padahal orang berebut kekuasaan?" Maka ditepuknya dada anaknya seraya berkata, "Diamlah kamu! Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang taqwa, mencukupkan apa adanya, dan mengasingkan diri untuk lebih memantapkan ibadah terhadap Allah Ta'ala."

80  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1427.
Dari 'Umar bin Khaththab r.a., katanya: "Ketika Nabi saw. mengasingkan diri dari para isteri beliau, aku masuk ke masjid dan ku lihat orang sedang memain-mainkan kerikil. Mereka semua sama berkata, "Rasulullah saw. menceraikan para isteri beliau." Kata 'Umar, "Aku ingin tahu kepastiannya sekarang juga." Lalu aku masuk ke rumah 'Aisyah dan berkata kepadanya, "Hai puteri Abu Bakar! Belum puas jugakah hati mu menyakiti hati Rasulullah saw"?" 'Aisyah menjawab dengan marah, "Aku tidak ada urusan dengan anda, hai anak Khaththab. Uruslah puteri anda sendiri!" Lalu aku masuk ke rumah Hafshah binti 'Umar, seraya berkata : "Hai, Hafshah! Belum puas jugakah hati mu menyakiti hati Rasulullah saw.? Engkaukan tahu, sesungguhnya Rasulullah saw. tidak mencintai mu. Kalau bukanlah kerana aku engkau telah diceraikan oleh beliau." Kerana itu Hafshah menangis sejadi-jadinya, lalu ku tanya dia, "Dimana Rasulullah?" "Beliau di gudang." jawab Hafshah. Lalu aku pergi ke gudang. Kebetulan aku bertemu dengan Rabah, pelayan Rasulullah saw. sedang duduk di pintu gudang melunjurkan kakinya ke sebuah kayu yang dijadikan tangga tempat Rasulullah saw. naik turun Ku panggil dia, "Hai Rabah! Mintakanlah aku izin untuk bertemu dengan Rasulullah saw.!" Rabah menengok ke dalam dan kemudian kepada ku tanpa mengatakan sesuatu. Lalu ku panggil lagi dia, "Hai Rabah! Mintakanlah aku izin untuk bertemu dengan Rasulullah saw." Rabah menengok ke dalam kemudian kepada ku tanpa berkata apa-apa. Kemudian ku keraskan suaraku memanggil Rabah, "Hai Rabah! Mintakan aku izin untuk bertemu dengan Rasulullah saw.!" Aku telah menduga, tentu Rasulullah saw. telah tahu bahawa kedatanganku ialah kerana Hafshah. "Demi Allah! Seandainya Rasulullah saw. menyuruh ku supaya memenggal leher Hafshah, nescaya kupenggal dia." Perkataan itu ku ucapkan dengan suara keras. Lalu Rabah memberi isyarat supaya aku naik. Aku langsung masuk menemui Rasulullah saw. Beliau sedang berbaring di tikar lalu aku duduk dekat beliau. Selagi beliau membetulkan sarungnya, aku melihat bekas tikar berkesan di rusuk beliau. Ku perhatikan sekeliling gudang itu. aku tidak melihat berisi apa-apa, kecuali selonggok gandum kira-kira segantang dan qarazh sebanyak itu pula terletak di sudut dinding dan sehelai kulit sedang tergantung. Itulah hanya isi gudang simpanan beliau. Melihat keadaan seperti itu, air mata ku mengalir bercucuran. lalu beliaU bertanya: "Kenapa anda menangis hai anak Khaththab?" Jawab ku. "Ya, Nabiyallah! Aku menangis kerana melihat tikar ini membekas di rusuk anda. Dan gudang ini tidak ada apa-apa yang tersimpan di dalamnya. Padahal gudang Kaisar Rumawi dan Kisra Persia berlimpah-limpah dengan buah-buahan dan serba cukup adanya. Sedangkan anda adalah Rasulullah dan pilihan Nya. Beginilah hanya keadaan gudang simpanan anda." Sabda Nabi saW., "Hai anak Khaththab! Tidak sukakah engkau, akhirat untuk kita dan dunia untuk mereka?" Jawab ku, "Aku suka, ya Rasulullah!" Ketika aku baru masuk, kelihatan di wajah beliau bahawa beliau sedang marah. Lalu aku bertanya, "Ya, Rasulullah ! Apakah yang menyulitkan Anda perihal para isteri Anda? Jika anda menceraikan mereka, Allah dan sekalian malaikat-Nya, Jibril, Mikail, aku sendiri dan Abu Bakar, serta sekalian orang yang beriman, akan tetap bersama Anda." Belum pernah aku berkata begitu kepada beliau, sambil memuji Allah dengan ucapan-ucapan, kecuali aku berharap semoga Allah membenarkan segala ucapanku itu. Maka turunlah ayat takhyir (pilihan) berikut ini: dan jika kamu berdua bantu membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah adalah pelindungnya, begitu pula Jibril dan orang-orang mukmin yang soleh serta segala malaikat adalah penolongnya pula. Jika Nabi menceraikan kamu, mungkin Tuhannya akan mengganti baginya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu semua. (At Tahrim : 4-5). 'Aisyah binti Abu Bakar dan Hafshah binti 'Umar, justru bekerjasama menentang para isteri Nabi yang lain-lain. Lalu kataku, "Ya, Rasulullah! Apakah Anda akan menceraikan mereka berdua?" Jawab beliau, "Tidak!" Kataku, "Ya, Rasulullah! Aku baru masuk ke masjid, ku lihat kaum muslimin mempermainkan kerikil, sambil mereka berkata, "Rasulullah menceraikan para isterinya. Apakah aku harus turun menjelaskan kepada mereka bahawa Anda tidak menceraikan mereka?" Jawab Rasulullah saw., "Silakan, jika engkau mau!" Aku sentiasa berbicara dengan beliau, sehingga hilang kesan marah dari wajahnya, berganti dengan senyuman. Dan beliau mempunyai deretan gigi yang sangat bagus sehingga menambah indah senyumannya. Kemudian Nabi saw. turun, dan aku pun turun berpegangan melalui tangga pohon kurma. Sedangkan beliau turun seperti berjalan di bumi saja layaknya tanpa berpegangan. Aku berujar kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Anda mengasingkan diri di kamar gudang itu telah dua puluh sembilan hari." Jawab beliau, "Memang bulan ini hanya 29 hari." Sesudah itu aku berdiri di pintu masjid menyiarkan pengumuman sekeras-kerasnya, bahawa Rasulullah saw. tidak pernah menceraikan para isteri beliau. Maka turunlah ayat sebagai berikut : "Dan apabila datang kepada mereka suatu berita yang menyenangkan dan menakutkan, mereka langsung menyiarkannya. Padahal bila mereka menyerahkan kepada Allah dan pegawai-pegawai yang berkuasa di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin suatu kepastian tentang kebenarannya akan mengetahuinya dari mereka (An Nisa' : 83). Justru akulah yang mencek kepastian berita itu. Kemudian Allah menurunkan pula ayat takhyir (Al Ahzab : 28-29).